afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra
Daisypath Anniversary tickers

Monday 16 January 2012

saya malu =0

Last week , saya pergi rumah awak dan saya masak sebab awak teringin sangat nak makan masakan saya , bila disoal-soal , awak nak makan mee goreng .. saya buat bukan untuk awak sahaja tapi untuk satu family awak , dan saya suka masak sebab adik-adik awak puji , saya masak sedap ~ hehe , tersenyum kambing saya dibuatnya .... tapi ada satu perkara yang membuatkan saya iri hati dengan awak dan adik-adik awak , nak tahu apa ? saya cemburu sebab awak makan mee goreng guna chopstik , sedangkan awak asal dari kampung , saya ni asal dari bandar , tapi kehidupan awak dengan saya tak sama .. awak standard sedikit berbanding saya ... i think laa , cara pakaian family awak , cara makan, tak nampak macam gaya orang kampung .. Dan itu bukanlah apa yang saya nak ceritakan sebenarnya , dalam hati saya ada terbit rasa malu bila awak guna chopstik sedangkan saya hanya gunakan garpu sahaja , bila lihat chopstik awak ,, tetiba je saya teringatka amat qisti , kenapa ? ini sebabnya , qisti pernah menghadiahkan saya sepasang chopstik semasa dia pergi holiday .. Lepas awak hantar saya pulang , saya terus cari chopstik daripada qisti tu , satu bilik saya geledah , alhamdulillah akhirnya saya jumpa jugak benda tu .. Dan apa yang kelakarnya , sekarang saya sibuk survey dalam blogspot dan youtube , cara yang betul nak guna chopstik ~ HAHAHAHA ,, malu rasanya tapi i keep that as my secret , hanya korang je yang tahu benda nim ..|untuk kita-kita aje|
SEKIAN ,,,,,,,, =p

Tuesday 10 January 2012

holiday dekat hatnyai

Holiday ? memang febret saya no 1 . Kalau last year saya bercuti ke bangkok , tapi untuk kali ni saya pergi holiday dekat hatnyai , perjalanan daripada sungai golok ke hatnyai lebih kurang dalam 3 jam lebih . Apa yang best dekat thailand ni bagi saya , adalah jalan rayanya , jalan raya dia tak sama dengan jalan raya dekat malaysia , jalan dia dah laa lurus , takde bengkok2 macam dekat negara kita , lepas tuh jalan dia elok takde laa lubang-lubang .. Bagus sangat untuk berjalan jauh ... Masa check in dekat the regency hotel , terkejut saya tengok kereta-kereta dekat area hotel , ada yang plat penang , kedah , perlis ~ ohh baru saya teringat , hatnyai berada di tengah-tengah , dieorang masuk ikut padang besar .. Saya pulak jenis kaki shoping , banyak jugak laa yang saya beli , baju , handbag , kasut ~ semua baru .. hehe , bergaya sakan laa saya kali ni .. Tapi saya tak sempat nak beli ole-ole untuk kawan-kawan semua , kerana masa terlalu suntuk , saya cuma pergi 2 hari 1 malam sahaja dekat sana , sorry semua .... ;-(

Wednesday 4 January 2012

dugaan lagi

Orang-orang disekeliling saya sahaja yang mengetahui bahawa diri saya mempunyai penyakit yang aneh iaitu berpeluh di tangan dan kaki tanpa  mengira masa dan tempat , malah dalam econ pun dia masih berpeluh . Dan saya belum pernah berjumpa pakar or doktor untuk menanyakan akan lebih lanjut mengenai penyakit yang di alami saya sehinggalah kelmarin saya berjumpa ustaz Manaf dekat area machang , dan mak saya pun tersalah bicara dengan dia mengenai penyakit ini dan dia cakap , penyakit ini berpunca daripada oksigen tidak sampai ke kepala . Dan lepas itu , dia mengurut saya dan terasa sakit sampai sekarang . Yang paling teruk , saya harus berpantang . OMG !! no ais,tea,coffee and nescafe . Apa yang pasti , saya tak dapat nak pisahkan diri daripada ais yang memang sentiasa menjadi febret . Nak sembuh , saya harus berpantanglah walaupun seksa dan terpaksa . Dan yang paling saya terasa , my bofie marah sebab saya mengurut di situ kerana selama ni saya pernah bersuara nak mengurut dekat kampung dia tapi saya segan , dia marah sebab dengan ustaz saya boleh mengurut , tak malu pulak . Saya buntu nak jelaskan macam mana , sedangkan ustaz urut berlapik dengan selimut dan depan orang ramai , tapi dia tak percaya , nasib saya kan ? Tapi saya tak ambik kisah dengan encik bofie sebab saya yang sakit , bukan dia~Lantak dialah ! . Lagipun benda dah jadi , dia nak marah pun , dah tak guna . Hope penyakit ini takkan berlarutan lagi , saya dah cukup terseksa . Bayangkan macam mana saya nak menulis dengan tangan yang sentiasa basah ? Dan ustaz tuh jugak cakap , effect dia adalah saya akan jadi murung dan sakit pada hulu hati , dan itu memang betul . Bila di khalayak ramai , saya akan menjadi murung dan merendah diri .
SEKIAN , MIA .........

Monday 2 January 2012

apakah yang patut aku buat ?

Hidup sebagai seorang perempuan bukanlah sesuatu perkara yang mudah . Dan setiap perempuan ada keistimewaan dan keperibadiaan yang tersendiri . Itulah yang aku ingin ungkapkan untuk kali ini , ini berkait rapat dengan perangai aku yang memang entah bila dapat dipisahkan iaitu cepat merajuk dan susah dipujuk . Aku dah berumur 18 tahun pada tahun ini , tapi perangai aku masih kebudak-budakkan , sampai bila ini harus berlaku dan bila ia akan berakhir ? Nasib baik laa aku sentiasa dapat bofie yang sentiasa sabar akan kerenah aku , walaupun sebenarnya aku yang bersalah , tapi dia still pujuk aku , dan aku tak pernah berubah sepanjang bergelar remaja . Pernah ditegur tapi aku sendiri buntu macam mana nak atasinya . Perlukah aku berjumpa pakar ? Ohh , tak sanggup sama sekali . Dan hari ini , aku bergaduh ngan my bofie , dan aku merajuk , sampai sekarang aku masih tak reply mesej dari dye or angkat dye punya call . OMG , jahatkan saya ? Saya mula sayangkan awak , tapi saya harap awak bersabar menghadapi kerenah saya , sebab ianya berlaku tanpa di duga , dan tanpa saya menyedarinnya . Kalau awak masih sayangkan saya , saya harap awak betul-betul sabar , dan jadikan ia sebagai dugaan untuk CINTA kita .Sampai satu tahap , saya janji saya akan berubah , tapi mungkin belum tiba masanya . Saya harap awak bertahan sehingga kita benar-benar mengakhiri CINTA kita di layar perkahwinan nanti . Moga cinta kita berkekalan seperti yang kita harapkan selama ini . Berdoalah selalu , love you ...
AISHITERU ,,,,,,

Sunday 1 January 2012

happy new year

assalamualaikum , semua .. Hari ini merupakan first day dalam 2012 , opss terlupa pulak , HAPPY NEW YEAR kepada anda semua . Sempena tahun baru ni , tentu anda semua ada azam baru , tak nak kongsi ke ? Gurau je laa , hehe .. Apapun azam anda , Mia harap anda akan berusaha sekuat dan semampu yang boleh demi mencapai azam kamu semua , Mia doakan anda semua berjaya ! Azam tahun baru Mia adalah nak berubah dari segi perangai , nak sambung pengajian , nak tambah berat badan dan tinggi ,tu je kot .. Mia ingat seramai 6 orang yang wish new year kat Mia iaitu my bofie , intan , nik , bella , mc tien dan adek angkat Mia , dilla . Dan yang penting , Mia nak dapatkan lesen L dalam waktu terdekat ni , semoga cepat terlaksana .. Dan saat ini , debaran untuk menanti result SPM kian terasa .. Sebab SPM adalah penentu kepada kerjaya Mia nanti , harap-harap result Mia nanti okay , doakan Mia berjaya ,, Sayang kamu semua , lebiu all ...
sayonara ......