afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra
Daisypath Anniversary tickers

Thursday 29 March 2012

resepi pavlova

Hai semua , resepi kali ini adalah PAVLOVA , sejenis dessert yang berasal dari AUSTRALIA . Pertama kali afra mengenali PAVLOVA adalah dari kak risha , sedap bila dimakan ketika sejuk2 tapi tidak sesuai dimakan selalu kerana ia agak manis . Kerana terlalu obses nak tahu , afra search dlm internet , dan alhamdulillah percubaan pertama dari afra menjadi . Jom belajar buat PAVLOVA bersama afra ..

BAHAN2 : 4biji telur putih , 1 cawan gula kastor , 1/2 sudu kecil esen vanila , 1 sudu kecil cuka makanan , 1/2   sudu makan tepung jagung .

TOPPING  : 1 cawan (240ml) whipping cream , 1 1/2 sudu makan gula icing , 1/2 sudu kecil esen vanila

CARA2 :
1 - Pukul telur putih sehingga kembang . Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga putih telur kembang sepenuhnya ( tips : jangan biarkan telur putih bercampur dengan telur kuning semasa mengasingkan telur putih nanti ia akan mempengaruhi kualiti putih telur )
2- Masukkan esen vanila,cuka dan tepung jagung ke dalam adunan . Kacau dengan spatula/senduk dengan perlahan-lahan .Tanda meringue dah jadi ialah bila warnanya putih berkilat dan adunan tidak jatuh semasa ditelangkupkan .
3- Buatkan bulatan di atas kertas minyak . Tuangkan meringue di atas kertas minyak itu dan bentuk/ratakan mengikut bulatan yang telah dibuat .
4- Panaskan ketuhar sekitar 15minit . Kemudian , masukkan meringue ke dalam ketuhar dan bakar selama lebih kurang 1 jam pada suhu 130 darjah C .Setelah masak , tutup suis dan biarkan pavlova sejuk di dalam ketuhar sebelum dikeluarkan .
5- Sementara itu , pukul whiping cream bersama gula icing dan esen vanila sehingga kembang .Jika malas , boleh beli whiped cream yang readymade. Lagi mudah dan jimat masa .
BAHAN LAIN : gunakan buaha-buahan segar(yang masam) mengikut kesukaan anda . Contohnya , strawbery , blueberi , kiwi , kiub nenas , anggur hitam,hijau,merah , laici , longan , mangga . is up to u .
6- Bila pavlova dah sejuk , ratakan topping tadi di atas permukaan pavlova . Hiaskan dengan buah-buahan segar . Selamat mencuba :D

Sunday 25 March 2012

resepi apam polkadot , trend terkini

Afra ambil resepi ni dari kawan fesbuk , seorang pengusaha bakery online . Apam ni sangat famous kerana bentuknya yang cute dan kombinasi warna yang menarik oleh si pembuatnya . Inilah hasil tangan afra .
BAHAN2 : 3 biji telur dari peti sejuk(GRED A),2 1/2 cawan tepung gandum,1 cawan gula halus,150ml susu segar/susu cair,3 sudu kecil baking powder,1 sudu kecil ovelette,1 sudu kecil esen vanilla,filling bluebery/strawbery/coklat/apa2 citarasa dan pewarna , 50 papercup medium
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tu, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung & baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimum sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak. Jika filling susah didapati , ia boleh digantikan dengan jem . Saya letakkan kaya sebagai inti apam dot2 saya  Selamat mencuba kawan2 semua . Ia lebih digemari oleh kanak2 kerana warnanya yang ceria .

Friday 23 March 2012

Resepi kek mocha kukus

Cubalah resepi pertama dari afra , sangat simple dan barang mudah didapati ...

BAHAN A : 1 ketul mentega (250g) , 1/2 cawan serbuk koko , 1 cawan gula perang/gula , 1 cawan susu    cair ,1 sudu makan nescafe , 1/2 cawan susu manis/pekat
BAHAN B : 2 biji telur , 1 sudu teh esen vanila
BAHAN C : 2 cawan tepung gandum , 1 sudu teh baking powder , 1/2 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA :
1- Campurkan semua bahan A dalam periuk . Boleh tambah milo jika  suka . Guna api perlahan .
2- Pukul telur dengan esen vanila sehingga sebati .
3- Ayakkan bahan C . Kemudian , masukkan bahan C ke dalam periuk .
4- Kacau dan tambahkan bahan B . Kacau sehingga sebati agar tidak berketul .
5- Kukus selama 1 jam .  Inilah hasilya , afra hiaskannya dengan aising bersama kepingan nanas . Rasanya sama dengan kek coklat kukus .