afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 4 April 2012

BIDANG 1 - UNIT 10 (AMALAN KEADILAN MENJAMIN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT)

Keadilan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat melalui beberapa cara iaitu:

  1. Orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  2. Hukuman lebih berat ke atas pesalah dapat mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai termasuk pesalah supaya tidak terlibat dengan kesalahan yang sama

Hukuman dikenakan bukanlah untuk menyeksa manusia sebaliknya alah untuk menegakkan keadilan, menjadi pengajaran kepada masyarakat dan membela nasib mereka yang dianiayai dan ditindas. Bentuk hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah sama ada denda, penjara, sebatan atau hukuman mati.

  1. Adakah organisasi seperti mahkamah mampu untuk menegakkan keadilan? Jelaskan.
  2. Mengapa hukuman yang dikenakan bukan untuk menyeksa manusi? Setuju atau tidak jika orang yang bersalah dikenakan hukuman?


Thursday 29 March 2012

resepi pavlova

Hai semua , resepi kali ini adalah PAVLOVA , sejenis dessert yang berasal dari AUSTRALIA . Pertama kali afra mengenali PAVLOVA adalah dari kak risha , sedap bila dimakan ketika sejuk2 tapi tidak sesuai dimakan selalu kerana ia agak manis . Kerana terlalu obses nak tahu , afra search dlm internet , dan alhamdulillah percubaan pertama dari afra menjadi . Jom belajar buat PAVLOVA bersama afra ..

BAHAN2 : 4biji telur putih , 1 cawan gula kastor , 1/2 sudu kecil esen vanila , 1 sudu kecil cuka makanan , 1/2   sudu makan tepung jagung .

TOPPING  : 1 cawan (240ml) whipping cream , 1 1/2 sudu makan gula icing , 1/2 sudu kecil esen vanila

CARA2 :
1 - Pukul telur putih sehingga kembang . Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga putih telur kembang sepenuhnya ( tips : jangan biarkan telur putih bercampur dengan telur kuning semasa mengasingkan telur putih nanti ia akan mempengaruhi kualiti putih telur )
2- Masukkan esen vanila,cuka dan tepung jagung ke dalam adunan . Kacau dengan spatula/senduk dengan perlahan-lahan .Tanda meringue dah jadi ialah bila warnanya putih berkilat dan adunan tidak jatuh semasa ditelangkupkan .
3- Buatkan bulatan di atas kertas minyak . Tuangkan meringue di atas kertas minyak itu dan bentuk/ratakan mengikut bulatan yang telah dibuat .
4- Panaskan ketuhar sekitar 15minit . Kemudian , masukkan meringue ke dalam ketuhar dan bakar selama lebih kurang 1 jam pada suhu 130 darjah C .Setelah masak , tutup suis dan biarkan pavlova sejuk di dalam ketuhar sebelum dikeluarkan .
5- Sementara itu , pukul whiping cream bersama gula icing dan esen vanila sehingga kembang .Jika malas , boleh beli whiped cream yang readymade. Lagi mudah dan jimat masa .
BAHAN LAIN : gunakan buaha-buahan segar(yang masam) mengikut kesukaan anda . Contohnya , strawbery , blueberi , kiwi , kiub nenas , anggur hitam,hijau,merah , laici , longan , mangga . is up to u .
6- Bila pavlova dah sejuk , ratakan topping tadi di atas permukaan pavlova . Hiaskan dengan buah-buahan segar . Selamat mencuba :D

Sunday 25 March 2012

resepi apam polkadot , trend terkini

Afra ambil resepi ni dari kawan fesbuk , seorang pengusaha bakery online . Apam ni sangat famous kerana bentuknya yang cute dan kombinasi warna yang menarik oleh si pembuatnya . Inilah hasil tangan afra .
BAHAN2 : 3 biji telur dari peti sejuk(GRED A),2 1/2 cawan tepung gandum,1 cawan gula halus,150ml susu segar/susu cair,3 sudu kecil baking powder,1 sudu kecil ovelette,1 sudu kecil esen vanilla,filling bluebery/strawbery/coklat/apa2 citarasa dan pewarna , 50 papercup medium
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tu, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung & baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimum sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak. Jika filling susah didapati , ia boleh digantikan dengan jem . Saya letakkan kaya sebagai inti apam dot2 saya  Selamat mencuba kawan2 semua . Ia lebih digemari oleh kanak2 kerana warnanya yang ceria .

Friday 23 March 2012

Resepi kek mocha kukus

Cubalah resepi pertama dari afra , sangat simple dan barang mudah didapati ...

BAHAN A : 1 ketul mentega (250g) , 1/2 cawan serbuk koko , 1 cawan gula perang/gula , 1 cawan susu    cair ,1 sudu makan nescafe , 1/2 cawan susu manis/pekat
BAHAN B : 2 biji telur , 1 sudu teh esen vanila
BAHAN C : 2 cawan tepung gandum , 1 sudu teh baking powder , 1/2 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA :
1- Campurkan semua bahan A dalam periuk . Boleh tambah milo jika  suka . Guna api perlahan .
2- Pukul telur dengan esen vanila sehingga sebati .
3- Ayakkan bahan C . Kemudian , masukkan bahan C ke dalam periuk .
4- Kacau dan tambahkan bahan B . Kacau sehingga sebati agar tidak berketul .
5- Kukus selama 1 jam .  Inilah hasilya , afra hiaskannya dengan aising bersama kepingan nanas . Rasanya sama dengan kek coklat kukus .
                                           

Friday 10 February 2012

I get bad dream last night

Pagi ini , saya asyik terbayang-bayangkan mimpi buruk yang saya dapat semalam . Nak buat kerja pun susah , asyik teringatkan mimipi itu . Mimpi itu membuatkan saya menjadi murung dan tak nak senyum . Nak tahu apa yang terkandung dalam mimpi buruk saya ? Mimpi ini pasal boyfriend saya , saya mimpi dia kahwin dengan perempuan lain dan saya pergi semasa hari perkahwinan dia , tapi tak lama sebab saya tak sanggup nak lihat muka perempuan itu . Dan saya mengajak kawan saya balik , kami pun beredar dari majlis perkahwinan itu dan kawan saya mengajak saya singgah di kedai untuk lepak-lepak sambil makan dan minum . Saya pun terpaksa akur dan mengalah . Saya tak ingat siapa yang order i tea untuk saya , sedangkan saya tak minum i tea . Tiba-tiba kawan saya menjawab telefon dan berkata ' lambat lagi ke ? dah lama kita tunggu . Dan kedengaran bunyi motosikal di tepi kedai , apa yang membuatkan saya terkejut boyfriend saya sanggup tinggalkan majlis perkahwinan dia semata-mata untuk datang ke mari , anehkan ? Saya hanya mendiamkan diri dan tak banyak berkata kerana terlalu kecewa . Tetapi apa yang menjadi pertanyaan saya , boyfriend saya langsung tidak membicarakan soal perkahwinannya dan membuat gaya seolah-olah macam tiada yang berlaku .. Nak marah pun ada , bukan nak minta maaf malah membuat derk je . Geram nak melenting . Selepas itu , saya tersedar dari mimpi .. Dan saya masih terasa sehingga kini , dan masih tidak menghubunginya , kejamkan saya ? Tak patut saya hukum dia kerana mimpi buruk itu . Mimpi hanya mainan tidur , awak , saya minta maaf .. Biarlah mimpi ini menjadi rahsia saya . | untuk kita-kita je |

SEKIAN , MIA ....

Monday 16 January 2012

saya malu =0

Last week , saya pergi rumah awak dan saya masak sebab awak teringin sangat nak makan masakan saya , bila disoal-soal , awak nak makan mee goreng .. saya buat bukan untuk awak sahaja tapi untuk satu family awak , dan saya suka masak sebab adik-adik awak puji , saya masak sedap ~ hehe , tersenyum kambing saya dibuatnya .... tapi ada satu perkara yang membuatkan saya iri hati dengan awak dan adik-adik awak , nak tahu apa ? saya cemburu sebab awak makan mee goreng guna chopstik , sedangkan awak asal dari kampung , saya ni asal dari bandar , tapi kehidupan awak dengan saya tak sama .. awak standard sedikit berbanding saya ... i think laa , cara pakaian family awak , cara makan, tak nampak macam gaya orang kampung .. Dan itu bukanlah apa yang saya nak ceritakan sebenarnya , dalam hati saya ada terbit rasa malu bila awak guna chopstik sedangkan saya hanya gunakan garpu sahaja , bila lihat chopstik awak ,, tetiba je saya teringatka amat qisti , kenapa ? ini sebabnya , qisti pernah menghadiahkan saya sepasang chopstik semasa dia pergi holiday .. Lepas awak hantar saya pulang , saya terus cari chopstik daripada qisti tu , satu bilik saya geledah , alhamdulillah akhirnya saya jumpa jugak benda tu .. Dan apa yang kelakarnya , sekarang saya sibuk survey dalam blogspot dan youtube , cara yang betul nak guna chopstik ~ HAHAHAHA ,, malu rasanya tapi i keep that as my secret , hanya korang je yang tahu benda nim ..|untuk kita-kita aje|
SEKIAN ,,,,,,,, =p

Tuesday 10 January 2012

holiday dekat hatnyai

Holiday ? memang febret saya no 1 . Kalau last year saya bercuti ke bangkok , tapi untuk kali ni saya pergi holiday dekat hatnyai , perjalanan daripada sungai golok ke hatnyai lebih kurang dalam 3 jam lebih . Apa yang best dekat thailand ni bagi saya , adalah jalan rayanya , jalan raya dia tak sama dengan jalan raya dekat malaysia , jalan dia dah laa lurus , takde bengkok2 macam dekat negara kita , lepas tuh jalan dia elok takde laa lubang-lubang .. Bagus sangat untuk berjalan jauh ... Masa check in dekat the regency hotel , terkejut saya tengok kereta-kereta dekat area hotel , ada yang plat penang , kedah , perlis ~ ohh baru saya teringat , hatnyai berada di tengah-tengah , dieorang masuk ikut padang besar .. Saya pulak jenis kaki shoping , banyak jugak laa yang saya beli , baju , handbag , kasut ~ semua baru .. hehe , bergaya sakan laa saya kali ni .. Tapi saya tak sempat nak beli ole-ole untuk kawan-kawan semua , kerana masa terlalu suntuk , saya cuma pergi 2 hari 1 malam sahaja dekat sana , sorry semua .... ;-(