afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra
Daisypath Anniversary tickers

Sunday 25 March 2012

resepi apam polkadot , trend terkini

Afra ambil resepi ni dari kawan fesbuk , seorang pengusaha bakery online . Apam ni sangat famous kerana bentuknya yang cute dan kombinasi warna yang menarik oleh si pembuatnya . Inilah hasil tangan afra .
BAHAN2 : 3 biji telur dari peti sejuk(GRED A),2 1/2 cawan tepung gandum,1 cawan gula halus,150ml susu segar/susu cair,3 sudu kecil baking powder,1 sudu kecil ovelette,1 sudu kecil esen vanilla,filling bluebery/strawbery/coklat/apa2 citarasa dan pewarna , 50 papercup medium
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tu, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung & baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimum sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak. Jika filling susah didapati , ia boleh digantikan dengan jem . Saya letakkan kaya sebagai inti apam dot2 saya  Selamat mencuba kawan2 semua . Ia lebih digemari oleh kanak2 kerana warnanya yang ceria .

No comments:

Post a Comment