afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra afra
Daisypath Anniversary tickers

Thursday 29 March 2012

resepi pavlova

Hai semua , resepi kali ini adalah PAVLOVA , sejenis dessert yang berasal dari AUSTRALIA . Pertama kali afra mengenali PAVLOVA adalah dari kak risha , sedap bila dimakan ketika sejuk2 tapi tidak sesuai dimakan selalu kerana ia agak manis . Kerana terlalu obses nak tahu , afra search dlm internet , dan alhamdulillah percubaan pertama dari afra menjadi . Jom belajar buat PAVLOVA bersama afra ..

BAHAN2 : 4biji telur putih , 1 cawan gula kastor , 1/2 sudu kecil esen vanila , 1 sudu kecil cuka makanan , 1/2   sudu makan tepung jagung .

TOPPING  : 1 cawan (240ml) whipping cream , 1 1/2 sudu makan gula icing , 1/2 sudu kecil esen vanila

CARA2 :
1 - Pukul telur putih sehingga kembang . Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga putih telur kembang sepenuhnya ( tips : jangan biarkan telur putih bercampur dengan telur kuning semasa mengasingkan telur putih nanti ia akan mempengaruhi kualiti putih telur )
2- Masukkan esen vanila,cuka dan tepung jagung ke dalam adunan . Kacau dengan spatula/senduk dengan perlahan-lahan .Tanda meringue dah jadi ialah bila warnanya putih berkilat dan adunan tidak jatuh semasa ditelangkupkan .
3- Buatkan bulatan di atas kertas minyak . Tuangkan meringue di atas kertas minyak itu dan bentuk/ratakan mengikut bulatan yang telah dibuat .
4- Panaskan ketuhar sekitar 15minit . Kemudian , masukkan meringue ke dalam ketuhar dan bakar selama lebih kurang 1 jam pada suhu 130 darjah C .Setelah masak , tutup suis dan biarkan pavlova sejuk di dalam ketuhar sebelum dikeluarkan .
5- Sementara itu , pukul whiping cream bersama gula icing dan esen vanila sehingga kembang .Jika malas , boleh beli whiped cream yang readymade. Lagi mudah dan jimat masa .
BAHAN LAIN : gunakan buaha-buahan segar(yang masam) mengikut kesukaan anda . Contohnya , strawbery , blueberi , kiwi , kiub nenas , anggur hitam,hijau,merah , laici , longan , mangga . is up to u .
6- Bila pavlova dah sejuk , ratakan topping tadi di atas permukaan pavlova . Hiaskan dengan buah-buahan segar . Selamat mencuba :D

No comments:

Post a Comment